Sunday, October 28, 2007


Apakah Score A Programme™ ?

Score A Programme™ adalah satu kaedah pembelajaran output yang interaktif berpandukan sukatan pelajaran kerajaan yang mana telah terbukti berkesan untuk membantu pelajar bersedia menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A.

Syarat untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan ialah dengan menggunakan kaedah “pembelajaran output”, kebolehan untuk mengeluarkan dan menggunakan apa yang telah dipelajari.


Ramai pelajar hanya melakukan pembelajaran input – membaca, belajar, menghafal dan mendengar . Inilah sebabnya ramai pelajar yang mendapat markah yang sederhana.


Untuk menyerlah, pelajar memerlukan pembelajaran output. Pihak syarikat Kenshido telah mengambil masa 4 tahun untuk membentuk satu kaedah pembelajaran output yang cukup komprehensif yang mana ianya telah direka mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.


Score A Programme™ akan membantu dan membimbing pelajar supaya Bersedia Menghadapi Peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A.


Berlatih mencapai kecemerlangan, keinginan untuk berjaya adalah penting , tetapi keinginan untuk bersedia adalah lebih penting. Apabila tiba hari peperiksaan pelajar akan mengharungi cabaran dengan keyakinan dan mencapai kecemerlangan A.










Ciri-ciri Unik Score A Programme™
E-Report Card™


E-Report Card™ adalah SATU CIRI YANG PERLU ada bagi ibu bapa yang prihatin terhadap pembelajaran anak. Ia memaparkan kesemua sesi pembelajaran output pelajar, samada dari e-assesment mahupun e-Trial exam. Malah, ibubapa juga boleh mendapat e-report card melalui SMS!!



Ciri ini membolehkan ibubapa mengetahui secara terperinci akan kekuatan dan kelemahan terhadap subjek yang dipelajari oleh anak mereka. Ia merekodkan dan memaparkan purata markah untuk setiap subjek yang dibuat pada bulan tersebut. Ibubapa juga boleh membuat perbandingan dengan keputusan latihan yang dibuat pada bulan-bulan sebelumnya.


Lagipun, eReport Card™ merekodkan sebanyak 10 latihan terakhir dari eAssessment™ & eTrial Exam™ untuk membolehkan ibubapa memantau dan mengambil langkah-langkah tertentu untuk membetulkan keadaan sebelum mereka menduduki peperiksan yang sebenar.

Objektif utama

1. Membolehkan ibu bapa memantau & menilai tahap perkembangan akademik anak-anak.

2. Membantu anak-anak bila perlu terhadap perkembangan akademik mereka.

3. Mengesan dan menjejaki pelajaran anak anda tanpa melalui pihak ketiga.


Secara langsung memberi galakan kepada anak-anak dengan adanya eReport Card™ ini. Nescaya cara penilaian ini adalah sangat bernilai untuk mereka yang ingin mencapai kecermelangan A.





E-Topic - Soalan-soalan berpandukan topik


E-Topic adalah satu modul latihan yang membolehkan pelajar melakukan latihan-latihan pendek dan membekalkan pembelajaran output secara terus untuk menilai tahap pemahaman pelajar terhadap topik yang diajar disekolah.


Pelajar boleh memilih topik-topik tertentu yang telah diajar disekolah pada hari tersebut secara langsung dapat megetahui samada mereka faham atau tidak topik yang baru dipelajari.



Ibu bapa pula dapat mengetahui perkembangan akademik anak-anak. Melalui eTopic mereka mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak-anak mereka supaya dapat mengambil langkah-langkah tertentu untuk memperbetulkan keadaan.


Melalui eTopik, penandaan dibuat serta merta untuk membolehkan pelajar belajar daripada kesilapan. Pelajar dibenarkan melakukan percubaan sebanyak empat kali pada setiap soalan. Setiap percubaan yang salah akan ditolak 1/3 markah dan akan diberitahu serta merta akan kesalahan tersebut. Ini akan 'memaksa' pelajar membaca soalan dengan teliti sebelum membuat percubaan yang ke2 , ke3 , atau ke4 lalu menanamkan sikap untuk membaca dan memahami soalan dengan teliti sebelum menjawab.


E-Progress

eProgress adalah carta perantauan yang membolehkan ibu bapa mengikuti perkembangan anak-anak melalui eTopic. Ciri ini adalah satu kaedah perantauan yang efektif. Ia direkabentuk untuk memastikan bahawa ibu bapa sentiasa diberitahu tentang kesemua latihan-latihan eTopic anak-anak mereka.

Ibu bapa juga akan dikemaskinikan tentang bilangan percubaan yang telah dilakukan oleh anak untuk setiap topik. Justeru itu menunjukkan topik-topik yang didapati sukar. Maklumat ini membolehkan ibu bapa mengenal pasti topik-topik yang bermasalah dan bukan mengkategorikan kelemahan mengikut subjek.



E-Past Year Exam


ePast Year Exam membolehkan para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan utama ialah UPSR , PMR berlatih menggunakan kertas soalan tahun-tahun lepas sebenar yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Syarikat Kenshido menerusi gabungan dengan Cerdik Publishing Sdn. Bhd. , telah diberikan hak ekslusif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mencetak dan mengedarkan soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas.


Setiap kertas soalan disediakan dalam format yang sama seperti kertas soalan peperiksaan yang sebenar. Disini para pelajar boleh memilih soalan samada menurut “Tahun” ataupun secara”Rawak” dan haruslah melengkapkan latihan dalam masa yang diperuntukkan.

Ciri yang ekslusif dan berharga ini membolehkan pelajar melakukan latihan tanpa had. Justeru membantu dan membiasakan diri untuk bersedia menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A didalam peperiksaan yang sebenar.





E-Trial Exam™


Untuk memastikan bahawa anak anda betul-betul bersedia untuk menghadapi peperiksaan, Modul eTrial Exam™ direkabentuk sebagai satu simulasi keadaan peperiksaan yang sebenar untuk UPSR, PMR.


Modul ini akan membantu anak anda membiasakan diri dengan keadaan dimana mereka harus melengkapkan kerja mengikut masa yang diberi. eTrial Exam™ telah direkabentuk seperti peperiksaan yang sebenar dan para pelajar haruslah melengkapkannya sebelum diberi markah. Pemarkahannya adalah serta merta.



Pendek kata, modul ini menjadikan para pelajar lebih yakin, bersedia dan mendapat keputusan yang cemerlang.



E-Assessment™- Soalan-soalan Umum


eAssessment™ telah direkabentuk untuk membolehkan pelajar membuat latihan pendek sebanyak yang mungkin dan membekalkan pembelajaran output secara terus menerus untuk menilai sejauh manakah pemahaman mereka didalam subjek yang diajar disekolah.

Pelajar boleh memilih mana-mana subjek pada bila-bila masa dan secara terus boleh menilai samada mereka faham atau tidak subjek yang diajar.


Ibu bapa dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak mereka supaya mereka dapat mengambil langkah-langkah tertentu untuk memperbetulkan keadaan sebelum anak-anak mereka menduduki peperiksaan yang sebenar.


Apabila seorang pelajar membuat latihan melalui eAssessment™ , penandaan akan dibuat serta merta untuk membolehkan pelajar belajar dari kesilapan.



Setiap soalan membenarkan pelajar mencuba sebanyak 4 kali untuk mendapatkan jawapan yang betul. Setiap percubaan yang salah akan ditolak 1/3 markah dan pelajar akan diberitahu secara terus.



Kaedah ini akan mendidik pelajar untuk membaca soalan dengan teliti sebelum membuat percubaan ke-2 , ke-3 dan ke-4.


Ini akan menanam sikap untuk membaca dan memahami soalan dengan teliti sebelum memberi sebarang jawapan.



Objektif Utama E-Assessment



1.Menyediakan pembelajaran output secara terus.

2.Meningkatkan keupayaan menghadapi peperiksaaan dengan membenarkan pelajar
membuat latih tubi tanpa had.



3.Membantu menjawab soalan dengan betul setiap kali dalam percubaan yang pertama.



4.Menanam sikap untuk membaca dan memahami soalan sebelum menjawab.


Senarai Penganugerahan 100 Pelajar Cemerlang Seluruh Malaysia

Senarai Penganugerahan 100 pelajar cemerlang seluruh Malaysia Score A Programme™, telah direka untuk memberitahu ibu bapa tahap anak-anak mereka berbanding dengan anak-anak murid setaraf di seluruh negara.


Hanya 100 pelajar cemerlang dari setiap subjek dan tahap akan dipamerkan. Ini menggalakkan pelajar berusaha dengan lebih gigih supaya nama mereka dipamerkan didalam senarai penganugerahan ini.

Ciri-ciri Lain.
(a) Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

Bersesuaian perlaksanaan polisi kerajaan untuk mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris , ScoreA Programme telah menyediakan versi Bahasa Inggeris bagi Matematik dan Sains untuk membolehkan pelajar menyedia dan menyesuaikan diri dalam cabaran yang baru ini.

Keistimewaan ini juga membolehkan pelajar membuat rujukan dalam Bahasa Malaysia pada bila-bila masa untuk memahami soalan dalam Bahasa Inggeris lebih mendalam.

(b) eDictionary
Untuk membantu pelajar memahami soalan dalam Bahasa Inggeris , portal score A menyediakan eDictionary untuk menjelaskan makna perkataan dalam soalan. Ini akan membantu pelajar belajar Bahasa Inggeris sambil bersiap sedia untuk peperiksaan


Subjek2 yang terdapat dalam Score A Programme


Sekolah Rendah (Tahun 1-6)
1.Bahasa Melayu
2.Bahasa Inggeris
3.Matematik (Tahun 1-3 dalam Bahasa Inggeris)
4.Sains (Tahun 1-3 dalam Bahasa Inggeris)
5.Bahasa Cina




Sekolah Menengah (Tingkatan 1-3)
1.Bahasa Melayu
2.Bahasa Inggeris
3.Matematik (Bahasa Inggeris)
4.Sains (Bahasa Inggeris)
5.Bahasa Cina
6.Sejarah
7.Geografi

Wednesday, October 10, 2007

Perbandingan Program Score A dengan e-learning lain:

Score A Programme
Bermula : 1999
Jumlah pengguna : 200 ribu
Sistem : Internet dan SMS
E-report card : Ada
Bank soalan : 150 ribu
Kertas soalan sebenar : Ada ( 1993 - sekarang)
Pendaftaran : Online sepenuhnya
Testimoni kejayaan : Ada (UPSR & PMR)
Peluang perniagaan : Ada

Pesaing 1
Bermula : 2006
Jumlah pengguna : 15 ribu
Sistem : Internet sahaja
E-report card : Ada
Bank soalan : 35 ribu
Kertas soalan sebenar : Tiada
Pendaftaran : Fax resit diperlukan
Testimoni kejayaan : Tiada
Peluang perniagaan : Tiada

Pesaing 2
Bermula : 2006
Jumlah pengguna : kurang 500
Sistem : Internet sahaja
E-report card : Tiada
Bank soalan : kurang 5 ribu
Kertas soalan sebenar : Tiada
Pendaftaran : Online sepenuhnya (percuma www.e-darjah.com)
Testimoni kejayaan : Tiada
Peluang perniagaan : Tiada

Monday, October 8, 2007

Apakah sikap para pelajar sekarang?
- Merasa beban untuk belajar cara biasa yang membosankan.
- Tiada motivasi untuk menjadi pelajar cemerlang.
- Tiada minat untuk membaca buku dan membuat buku latihan.
- Selalu menghabis masa di depan komputer dengan chatting, bermain game dan melawat laman-laman web yang tidak berfaedah.
- Tidak mendapat perhatian Ibu bapa yang sibuk bekerja.

Bagaimanakah score A membantu?
- Pembelajaran secara interaktif dengan "ouput learning" iaitu pembelajaran secara menjawab soalan.
- Sistem ranking membandingkan pencapaian pelajar di seluruh Malaysia yang menggalakkan persaingan sihat.
- Memberi satu peluang untuk menggunakan komputer untuk pelajaran.
- Pembelajaran cara baru yang memudahkan para pelajar dengan menjimatkan masa.
- Berhubung terus dengan ibu bapa melalui sistem e-report card dan SMS mengenai tahap pencapaian pelajar sejurus selepas pelajar menghabiskan latihan soalan-soalan.


Mengapa memilih Score A?
- Kertas soalan adalah mengikut silabus sukatan pelajaran Malaysia
- Sudah terbukti dengan kejayaan para pelajar di mana 90% daripada mereka yang menggunakannya mendapat 5A di dalam UPSR dan 8A di dalam PMR.
- Soalan - soalan di bentuk oleh para guru daripada sekolah bistari.- Pemebelajaran menggunakan sistem teknologi maklumat menjimatkan masa dan menarik bagi pelajar- pelajar.
- Para ibubapa dapat memantau tahap pembelajaran semasa pelajar dan tidak lagi sekadar mengharapkan report card daripada sekolah sahaja.Pada masa itu semuanya sudah terlambat.
- terbukti membentuk pelajar yang paling lemah menjadi pelajar paling cemerlang selepas menyertai Score A Programme.
- Satu- satunya e-learning yang diberikan hak untuk menerbitkan kembali kertas- kertas peperiksaan sebenar daripada tahun 1993 sehingga sekarang.

Monday, October 1, 2007

सिरी-ciri



Tahukah anda apa sebenarnya Score A Programme™ ?Score A Programme™ adalah satu kaedah pembelajaran output yang interaktif berpandukan sukatan Pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia yang mana telah terbukti berkesan untuk membantu pelajar bersedia menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan! Pembelajaran berasaskan e-Learning secara online di internet.
Tahukah anda bahawa Portal Score A Programme telah di lancarkan pada 3 mac 2006 Peringkat Negeri Johor oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia?